Buletin
Shaheizy Sam: Saya idam berlakon filem biopik


Tarikh disiarkan: 7 Oktober 2015


Shaheizy Sam ketika di majlis pratonton "Rembat" baru-baru ini.

7 Oct – Pelakon Shaheizy Sam boleh dikatakan sudah membawa pelbagai jenis watak sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan termasuk serius, komedi, aksi malah romantik.

Bagaimanapun, Sam yang ditemui Cinema Online baru-baru ini mengakui dia mempunyai impian untuk membawa watak dalam filem biopik pula.

"Saya hendak sangat buat filem biopik. Ini kerana anda akan berlakon sebagai seseorang yang pernah wujud atau masih wujud di dunia ini, jadi anda perlu belajar bagaimana mereka bercakap, gaya dan semuanya sekali," ujarnya.

Walaupun mengakui sudah pernah membawa pelbagai watak sebelum ini, namun membawa watak dalam filem biopik masih belum pernah dijayakannya.

"Sebelum ini, saya banyak melakonkan watak rekaan di mana saya menggunakan kreativiti saya untuk mencipta sendiri karakter watak itu dari cara bercakap, berfikir dan bertindak, tetapi berlakon sebagai seseorang yang wujud kita perlu mengikut sama seperti orang itu dan itu adalah cabaran yang saya idamkan."

Dalam pada itu, Sam bakal muncul dengan filem terbarunya "Rembat" arahan Shamyl Othman di mana di membawa watak sebagai Malik iaitu peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan, dalam perjalanan melucukan dengan Chin Chye (Ah Niu) seorang lagi peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Thailand.

Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Rembat (Melayu) (8 Oktober 2015)
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)