Buletin
Sharifah Amani pilih berlakon dari mengarah


Tarikh disiarkan: 23 September 2015


Sharifah Amani bakal arah klip video penyanyi Fynn Jamal.

23 Sep – Pelakon popular Sharifah Amani mengakui dirinya lebih memilih berlakon daripada duduk di bangku pengarah walaupun sebelum ini pernah menjadi penolong pengarah untuk filem "Talentime" dan juga "Hikayat Merong Mahawangsa".

"Menjadi pengarah benar-benar menguji kemampuan saya sebab ia memerlukan lebih keringat idea untuk diperah bagi menghasilkan karya yang terbaik. Dari segi jalan cerita konsep dan skrip, semuanya perlu difikirkan pengarah," katanya kepada Kosmo!

Sharifah bagaimanapun dia tidak akan menolak rezeki jika ditawarkan untuk mengarah seperti baru-baru ini dia telah ditawarkan untuk mengarah klip video Fynn Jamal.

Menurut pelakon berusia 29 tahun itu mengakui perlu banyak menonton klip video nyanyian untuk mencari idea untuk menghasikan sebuah klip video berkualiti.

Dalam pada itu, pelakon "Magika" itu yang ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, Sharifah menyerahkannya kepada jodoh.

Sharifah berkata dia berpegang kepada takdir dan ketentuan Tuhan kerana soal jodoh sama seperti ajal iaitu tidak diketahui bila ia menghampiri.

Oleh itu dia enggan tertekan atau terlalu memikirkan sangat soal itu dan mahu menikmati hidupnya puas-puas.

(Sumber foto: junglekey.in)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: