Buletin
Tiket "Star Wars" dijual bermula minggu hadapan


Tarikh disiarkan: 12 November 2015


Kehangatan "Star Wars" semakin dirasai dengan tarikh tayangan semakin dekat.

12 Nov – Berita gembira untuk peminat-peminat "Star Wars" – penjualan tiket awal untuk "Star Wars: The Force Awakens" akan mula dijual tidak lama lagi.

Pawagam-pawagam tempatan kini sedang dalam persiapan untuk hari tersebut, apabila peminat di Malaysia akhirnya dapat membeli tiket untuk menonton kesinambungan yang paling ditunggu-tunggu.

GSC Cinemas, TGV Cinemas dan MBO Cinemas akan memulakan jualan tiket untuk filem itu pada 16 November.

Untuk MBO Cinemas pula, selain jualan tiket mereka turut akan memperkenalkan kombo "Star Wars". LFS Cinemas bagaimanapun belum mengesahkan lagi mengenai jualan tiket awal ketika dihubungi.

Dalam "Star Wars: The Force Awakens", ia memaparkan 30 tahun selepas "Return of the Jedi", di mana Darth Vader telah ditewaskan. Ia akan menampilkan barisan pelakon baru bersama pelakon asal.

"Star Wars: The Force Awakens" akan menemui penonton pada 17 Disember.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE

Filem Berkaitan:
Star Wars: The Force Awakens (17 Disember 2015)





Ticket Pricing Guide