Buletin
Dua pawagam baru dibuka minggu ini


Tarikh disiarkan: 15 September 2015


TGV Cinemas membuka cawangan terbaru mereka di Sunway Putra Mall.

15 Sep – Minggu ini penggemar filem bukan sahaja boleh pergi ke satu pawagam sahaja, tetapi dua pawagam baru yang akan dibuka bermula minggu ini!

Hari ini menyaksikan TGV Cinemas telah membuka cawangan terbaru mereka di Sunway Putra Mall, di Jalan Putra, Kuala Lumpur, Malaysia.

Sebelum ini Sunway Putra Mall pernah diberi nama The Mall, ia kemudian menjalani pengubah suaian untuk memberi nafas baru kepada pusat beli-belah tersebut.

Manakala, pada Khamis ini iaitu 17 September ini penduduk di Taiping, Perak akan mempunyai sebuah lagi pawagam di Aeon Taiping.

Ini menjadikan jumlah pawagam di Taiping menjadi dua, yang mana sebelum ini hanya ada MBO Taiping Sentral sahaja.

Terdahulu, TGV Cinemas turut membuka pawagam dengan lapan dewan tayangan di TGV D'Pulze Cyberjaya pada 23 Julai lalu.

Pawagam TGV Cinemas yang dibuka tahun ini; enam dewan tayangan TGV Cinemas AEON AU2, lapan dewan tayangan TGV Cinemas Jaya Shopping Mall dan lima dewan tayangan TGV Cinemas Perda City Mall.

Dengan tambahan dua pawagam lagi, kini TGV Cinemas mempunyai 32 cawangan di seluruh negara, sekaligus memberi saingan kepada pesaingnya Golden Screen Cinemas yang turut mempunyai 32 pawagam di seluruh negara.

(Sumber foto: TGV website)

Penulis: Naseem Randhawa

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.




Ticket Pricing Guide