Buletin
Umie Aida hadkan bawa watak berat


Tarikh disiarkan: 11 November 2015


Datin Umie Aida tidak mahu dikenali sebagai pelakon air mata sahaja.

11 Nov – Pelakon Datin Umie Aida berkata beliau masih lagi akan membawa watak berat,namun akan menghadkan kepada dua kali sahaja dalam setahun.

Menurut pelakon "Jwanita" itu, membawa watak berat sangat memenatkan kerana banyak bermain dengan emosi.

Tambah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26), beliau kini lebih selesa membawa watak yang lebih santai seperti watak dalam drama komedi "Mak Cun" sebagai Zeenat Manisah yang mencetuskan fenomena.

"Watak ini memang ringan kerana bergenre komedi. kalau ada yang menganggap watak sebegitu menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pelakon, ia satu skeptikal yang tidak patut," katanya kepada BH Online.

Pelakon berusia 42 tahun itu berkata, sebagai seorang pelakon beliau tidak mahu hanya dikenali dengan watak berat sahaja, tetapi mahu membawa pelbagai watak termasuklah komedi.

Sementara itu, Umie bakal muncul dengan pementasan teater "Mak Cun" di Istana Budaya pada 14 hingga 22 November ini.

Selain Umie, pelakon lain yang turut akan terbabit dengan pementasan adalah daripada pelakon asal drama "Mak Cun" seperti Erma Fatima, Datuk Razali Rahim, Ogy Ahmad Daud dan ramai lagi.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: