Buletin
Zahiril Adzim: Bawa watak buta sangat mencabar


Tarikh disiarkan: 6 November 2015


Zahiril Adzim bersyukur dapat bawa watak cacat penglihatan.

6 Nov – Pelakon Zahiril Adzim mengakui watak cacat penglihatan sebagai Ustaz Raihan dalam drama terbaru lakonannya "Sayap Jibril" sangat mencabar buat dirinya.

"Memang mencabar kerana sepanjang penggambaran tersebut saya perlu meletakkan kedudukan anak mata saya ke atas, kadang-kadang sampai pening dan agak memenatkan," katanya kepada Astrogempak.

Pelakon "Juvana 2" itu bagaimanapun berkata ia adalah satu cabaran yang bagus untuk dirinya sebagai seorang pelakon.

Tambah Zahiril lagi, dia bersyukur apabila menerima tawaran untuk membawakan watak tersebut kerana ia salah satu cara untuk dirinya mendekatkan dirinya agama, sekaligus berdakwah menerusi lakonannya.

Selain itu, watak itu juga sedikit sebanyak membantunya untuk mendalami tentang agama serta dapat memperbaiki diri sebagai seorang Muslim.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Juvana (Melayu) (24 Januari 2013)
Juvana 2 (Melayu) (29 Oktober 2015)





Ticket Pricing Guide