Buletin
Zahiril Adzim teruja tunggu "Juvana 2" ditayangkan


Tarikh disiarkan: 29 September 2015


Zahiril Adzim terima tawaran berlakon "Juvana 2" kerana watak Daim dikembangkan.

29 Sep – Pelakon popular Zahiril Adzim mengakui teruja menunggu tayangan filem terbaru lakonannya, "Juvana 2".

Menurut Zahiril, walaupun dia pada mulanya risau dengan persepsi penonton apabila watak Daim yang dibawa tidak lagi relevan berikutan status juvana tidak lagi sesuai dipegang oleh mereka, namun dia bersetuju untuk terus membintangi filem ini selepas pihak produksi mahu mengembangkan jalan cerita iaitu selepas mereka keluar dari pusat pemulihan.

"Awal-awal lagi saya ada beritahu pengarah tentang perkara ini. Jika watak Daim yang saya pegang tidak ada sebarang perubahan besar, saya tidak akan terima tawaran ini.

"Tapi Alhamdulillah mereka faham dengan permintaan saya yang mahukan perkembangan watak Daim yang lebih baik. Itu juga menjadi sebab saya terima tawaran ini," katanya kepada Utusan Online. <

"Juvana 2" adalah kesinambungan kejadian dalam filem pertama pada tahun 2013 iaitu setelah Botak dan Ayam dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan.

Selain Zahiril, filem ini turut dibintangi oleh Adam, Johan As'ari, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Shera Aiyob, Riki Rikando, Khairul Mohamed dan ramai lagi.

"Juvana 2" akan menemui penonton pada 29 Oktober depan.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Juvana (Melayu) (24 Januari 2013)
Juvana 2 (Melayu) (29 Oktober 2015)





Ticket Pricing Guide