Buletin
Zain Hamid: "Love, Supermoon" imbas kenangan zaman sekolah


Tarikh disiarkan: 21 Oktober 2015


Zain Hamid teruja dapat bekerja di bawah arahan Wan Hasliza.

21 Okt – Aktor Zain Hamid mengakui dia teruja untuk terlibat dalam filem "Love, Supermoon" kerana sememangnya dia mempunyai hasrat untuk bekerja di bawah arahan pengarah Wan Hasliza dan juga barisan pelakon yang terdiri daripada rakan-rakannya.

Selain dari itu, antara faktor utama yang turut memainkan peranan penting untuknya menerima tawaran berlakon ini adalah skripnya yang kuat.

"Saya suka dengan skrip dan jalan cerita ini yang dilihat sangat kuat," katanya yang ditemui pada malam gala "Love, Supermoon" di Cathay Cineplex, ECurve, semalam.

Tambah Zain lagi, filem dapat membuat semua mengimbas kembali realiti ketika zaman persekolahan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran yang dihadapinya ketika penggambaran, Zain berkata mereka perlu menjalani penggambaran ketika bulan Ramadhan, namun ia tidak mematahkan semangat mereka.

"Alhamdulillah ketika penggambaran kami tidak mengeluh penat atau tak larat, tetapi kami beri yang terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar. Ia satu pengalaman yang bagus untuk saya."

Dalam "Love, Supermoon", Zain memegang watak sebagai Sulayman iaitu rakan karib kepada Razak lakonan Farid Kamil.

Selain Zain dan Farid, filem terbitan Grand Brilliance ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Rita Rudaini, Anne Ngasri, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

"Love, Supermoon" akan menemui penonton bermula 22 Oktober ini.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Filem Berkaitan:
Love, Supermoon (Melayu) (22 Oktober 2015)





Ticket Pricing Guide