Buletin
Wajah baru MBO Cinemas Spring Mall


Tarikh disiarkan: 4 Februari 2016


MBO Cinemas Spring Mall menawarkan dewan premier pertama di Sarawak.

4 Feb – MBO Cinemas yang terletak di The Spring Mall di Kuching baru-baru ini telah menjalani proses pengubahsuaian.

"Kami berharap dapat memberikan pengalaman menonton filem yang terbaik buat orang Sarawak dan juga pelawat dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta pelancong-pelancong yang melawati Kuching," ujar Pengarah Operasi MBO Cinemas, Mariam Yazmin El-Bacha.

Pawagam dengan lapan dewan tayangan itu mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,558 – dengan dewan terbesarnya mampu memuatkan 350 penonton dalam satu masa, juga merupakan dewan premier pertama di Sarawak yang mempunyai ruang istirehat yang menawarkan makanan dan minuman.


Ruang istirehat di dewan premier satu-satunya di Sarawak.

Dewan 5 akan dilengkapi dengan sistem bunyi Auro 3D dan juga skrin terlebar di Sarawak. Selain dari pawagam itu, sistem bunyi eksklusif ini juga digunakan di MBO Imago Mall-KK, MBO Subang Parade, MBO KL Festival City dan MBO KSL, Johor Bahru.

MBO juga memperkenalkan kafe pawagamnya yang pertama, Cafecito.

Bertempat di lobi utama, kafe tersebut menyediakan minuman, kek dan snek untuk penonton.

Malah ruang permainan untuk kanak-kanak juga bakal dibina di sekitar kafe.


Kafe pertama MBO, Cafecito.

Dengan menggunakan konsep kayu, rekaan pawagam ini mengangkat kualiti yang ada pada negeri Burung Enggang ini.

Ketika pelancaran pembukaan semula, penonton telah disajikan dengan persembahan termasuk dari pelawak Joanne Kam Poh Poh, persembahan tarian jalanan, aktiviti bersama penyampai Hitz.fm Kiyoshi dan Natasha dan juga keahlian AllStar, hadiah baucer, permainan, cabutan bertuah dan penampilan cosplay oleh Iron Man, Ant-Man dan Captain America.

MBO Cinemas kini mempunyai 26 cawangan dan 191 skrin di seluruh negara, dan dalam perancangan untuk membuka dua cawangan baru pada tahun ini.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide