Buletin
"Aku Bukan Terrorist" tampil sisi matang Chacha Maembong


Tarikh disiarkan: 16 Mei 2016


Chacha Maembong akan terus perbaiki mutu lakonan untuk jadi seorang pelakon berkaliber.

16 Mei – Mengakui dirinya seorang yang masih belum matang lagi, namun pelakon Chacha Maembong berkata untuk filem sulungnya berjudul "Aku Bukan Terrorist" bakal memperlihatkan sisi berbezanya.

Menurut Chacha filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu akan menjadi bukti kepada kematangan dalam lakonannya.

Tambahnya, filem ini sangat penting dalam kerjaya seninya kerana kesemua pelakon yang terlibat hebat-hebat belaka dan mempunyai pengalaman yang cukup menakjubkan.

Selain Chacha, filem yang kini sedang menjalani penggambaran di Kashmir, India sejak awal bulan lalu akan turut menampilkan pelakon terkenal Bollywood, Gulshan Grover.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kebanjiran pelakon baru sejak beberapa tahun lalu adik kepada pelakon Emma Maembong ini akui dirinya tidak berasa tergugat langsung dengan kehadiran mereka.

"Siapalah saya nak menentukan saya ini layak atau tidak untuk menghidupkan watak diingini pihak produksi. Ini soal rezeki, mana boleh saya pula yang mempertikaikannya.

"Apapun saya bersyukur kerana rezeki saya dalam bidang lakonan ini tidak pernah putus. Ada saja tawaran mendatang," katanya kepada Utusan Online.

Pelakon berusia 20 tahun itu berkata apa yang boleh dilakukan olehnya untuk terus memajukan diri adalah sentiasa memperbaiki kekurangan diri selain menjaga disiplin.

(Sumber foto: Tonton)

Penulis: Ashraf Nasser