Buletin
Amerul Affendi kecewa sering disisih stesen TV kerana rupa


Tarikh disiarkan: 17 November 2016


Amerul Affendi kecewa pihak stesen TV tidak lagi mementingkan kualiti lakonan.

17 Nov – Pelakon Amerul Affendi akui kecewa apabila rupa parasnya menjadi punca mengapa dia sering ditolak oleh sebuah stesen televisyen apabila dicadangkan untuk membintangi drama yang akan disiarkan stesen tersebut.

"Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem "Pekak".

"Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial," katanya kepada mStar.

Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi berkata demikian selepas memuat naik satu status di laman sosial Twitter meminta maaf kepada pengarah Heykal Hanifah yang sudah beberapa kali memberi tawaran kepadanya tetapi masih belum dapat bekerjasama.

Dalam pada itu, pelakon "Polis Evo" ini merasakan tindakan pihak stesen televisyen tersebut tidak adil kepada pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti lakonan berbanding jumlah pengikut di laman sosial.

Tambah Amerul lagi, situasi seperti ini akan menimbulkan masalah kelak sekiranya mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat lakonan.

(Sumber foto: Facebook Amerul Affendi)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Pekak (Melayu) (1 September 2016)
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)
Terbaik Dari Langit (Melayu) (25 Disember 2014)





Ticket Pricing Guide