Buletin
Animasia Studios, Zero One Animation kolaborasi untuk"Chuck Chicken - The Movie"


Tarikh disiarkan: 15 Mac 2016


"Chuck Chicken" merupakan siri animasi TV popular rantau Asia dan Timur Tengah.

15 Mac – Studio animasi tempatan, Animasia Studio telah menandatangani satu perjanjian dengan studio animasi dari China, Zero One Animation untuk bersama menerbitkan filem animasi 3D "Chuck Chicken – The Movie".

Dipetik dari Screen Daily, filem animasi yang akan menelan belanja USD8 juta ini adalah 'spin-off' dari siri animasi televisyen yang disiarkan di Disney China, Disney South East Asia, Nickelodeon India dan Timur Tengah dan rangkaian stesen televisyen di rantau CIS (Commonwealth of Independent States).

Siri animasi TV ini sangat popular di China kerana ia mendapat jumlah tontonan sebanyak 300 juta dalam tempoh enam bulan.

Dalam pada itu, pra-produksi akan bermula pada Jun depan, diikuti produksi teknik Imej Janaan Komputer (CGI) pada hujung 2016.

Filem "Chuck Chicken – The Movie" dijangka akan diriliskan pada tahun 2018.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan Animasia, Edmund Chan, Pengurus Besar Zero One Helen Dong dan timbalan pengarah Fujian Province Department of Commerce Tang Huiqin.

Perkhidmatan produksi animasi telah menyumbang kepada hasil eksport dalam industri kreatif Malaysia iaitu mencecah USD140 juta pada tahun 2014, berbanding USD46 juta pada tahun 2009.

Penulis: Ashraf Nasser