Awie bakal terbit filem pertamanya | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Awie bakal terbit filem pertamanya

Penulis: Ashraf Nasser


Awie tidak mahu tergesa-gesa menerbit filem kerana
tidak mahu hasilkan filem tangkap muat.

17 Mac – Setelah sekian lama Awie memasang impian untuk menerbitkan sebuah filem, akhirnya ia bakal tercapai kerana beliau akan menerbitkan sebuah filem aksi yang dijangka akan menjalani penggambaran pada tahun ini.

"Sebenarnya sebelum filem seperti "KL Gangster" dihasilkan lagi, saya sudah lama merancang untuk menghasilkan filem aksi."

"Idea asal dan sinopsis saya tulis sendiri, manakala skrip dan pengarahan saya serahkan kepada orang lain. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, saya harap penggambaran dapat dilakukan pada tahun ini dan berkemungkinan juga saya akan berlakon dalam filem berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, pelakon "Bikers Kental" itu berkata beliau enggan terlalu terburu-buru untuk merealisasikannya kerana memerlukan perancangan yang rapi terlebih dahulu.

Tambah pelakon berusia 48 tahun itu lagi, beliau mengambil masa yang lama untuk menerbitkan filem itu kerana kekangan bajet.

Ini kerana menurut Awie, untuk menghasilkan sebuah filem aksi ia memakan kos yang besar, tambahan beliau tidak mahu menghasilkan filem tangkap muat sahaja.

Sementara itu, selain sibuk dengan penerbitan filem, Awie juga bakal muncul dengan filem terbarunya "Warna Cinta Impian" bergandingan dengan Erra Fazira yang akan ditayangkan pada 31 Mac ini.

Cinema Online, 17 Mac 2016

Filem Berkaitan:
Warna Cinta Impian (Malay) (31 Mar 2016)
Bikers Kental (Malay) (23 May 2013)
Dollah Superstar (Malay) (02 Oct 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan