Buletin
Awie: Berita saya meninggal dunia adalah fitnah


Tarikh disiarkan: 11 April 2016


Awie telah memuat naik video di Facebook miliknya bagi menjelaskan perkara sebenar.

11 Apr – Pelakon dan penyanyi Awie menyelar penyebaran berita kononnya dia meninggal dunia pada hujung minggu lalu disifatkan sebagai perbuatan finah dan hasad dengkit terhadapnya.

"Jangan mudah terpedaya dengan berita berkenaan dan saya minta peminat mendoakan kesejahteraan saya semoga terlindung dari fitnah dan hasad dengki manusia," katanya kepada mStar.

Pelakon "Warna Cinta Impian" itu berkata dia berada dalam keadaan sihat, malah sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya "Bikers Kental" di Thailand.

Awie tampil membuat penjelasan itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada malam Sabtu lalu.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama Awie terpalit dengan kontroversi meninggal dunia apabila sebelum ini industri hiburan kecoh apabila tersebarnya berita kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Awie Lahad Datu' meninggal dunia akibat kemalangan pada November 2013.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide