Buletin
Awie dakwa bekas isteri bersikap tak amanah


Tarikh disiarkan: 8 Januari 2016


Awie dakwa bekas isterinya itu bersikap boros dan tidak bertanggungjawab.


8 Jan – Walaupun sudah bercerai, namun kemelut antara pelakon dan penyanyi Awie dan bekas isteri Rozana Misbun masih timbul lagi. Terbaru Awie mendakwa bekas isterinya itu tidak amanah dalam menguruskan perbelanjaan anak-anaknya.

Dipetik dari Sinar Harian, Awie berkata demikian melalui penyataan dan tuntutan balasnya terhadap permohonan nafkah yang dipohon Rozana.

Pelakon "Bikers Kental" itu turut berkata Rozana bukan seorang ibu bertanggungjawab dalam mengurus dan mengawal selia perbelanjaan anak-anak yang mana sikapnya itu telah menyebabkan sejumlah besar wang simpanan yang diperuntukkan untuk perbelanjaan anak telah digunakan untuk kepentingan peribadi.

Terdahulu Rozana menerusi tuntutannya telah meminta nafkah sebanyak RM5,300 sebulan sebagai nafkah bagi dua anak yang dijaganya termasuk perbelanjaan makan minum, kelengkapan diri dan lain-lain sebanyak (RM3,000) kos tempat tinggal (RM1,500) serta bayaran pembantu rumah (RM800).

Berikutan itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman telah memohon mahkamah menolak tuntutan Rozana dan membenarkan tuntutan balas dengan nafkah bulanan sebanyak RM1,500 sebulan dengan memasukkan wang ke dalam akaun khas yang dibuka untuk anak-anak mereka.

Selain itu, pelakon berusia 47 tahun itu juga menuntut segala pembelian keperluan pakaian untuk persiapan persekolahan dan perayaan diuruskan olehnya.

Hakim Syarie Che Saupi Che Hussin telah menetapkan 2 Februari sebagai sebutan semula kes.

(Sumber foto: Awie Facebook)

Penulis: Ashraf Nasser








Ticket Pricing Guide