"BoBoiBoy: The Movie" sasar kutip RM25 juta dan trilogi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"BoBoiBoy: The Movie" sasar kutip RM25 juta dan trilogi

Penulis: Naseem Randhawa


Animonsta's Nizam Razak (pink shirt) bersama kumpulan Bunkface dan D'Masiv.

15 Feb – Rancangan animasi bersiri TV popular, "BoBoiBoy" akhirnya bakal ke layar perak pada 3 Mac 2016 ini dengan filem yang kini menantikan tayangannya.

Penerbit "BoBoiBoy", Animonsta Studios, dan sebanyak 60 kaki tangan bekerja keras untuk mengadaptasi siri animasi ini ke layark perak sejak tiga tahun lalu dengan bajet RM5 juta.

Pengasas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studio, Nizam Razak berkata yang pasukannya berharap agar "BoBoiBoy: The Movie" mampu mendapat kutipan sebanyak RM25 juta dari 80 pawagam tempatan, dan lebih 100 pawagam di Indonesia (13 April 2016) dan Brunei (3 Mac 2016) apabila ia mula ditayangkan.

Ia bukanlah satu sasaran yang tidak masuk akal, memandangkan francais ini sudah lama bertapak dan mempunyai peminat setia sejak 2011 di 44 negara menerusi siri TV "BoBoiBoy".

Tambah Nizam, Thailand, Vietnam dan Kemboja turut menunjukkan minat terhadap filem ini, dan pihaknya kini menunggu 'green light' untuk ditayangkan.

"BoBoiBoy: The Movie" juga telah menerima jemputan dari beberapa festival filem. Antaranya Festival Anugerah Anime Tokyo yang akan berlangsung bulan hadapan, yang mana malangnya mereka terpaksa menolak kerana filem tersebut belum siap untuk dihantar.

Bagaimanapun, Nizam yakin yang filem ini mampu menarik perhatian penonton serantau terutamanya sejak kumpulan pop punk popular Malaysia, Bunkface dan kumpulan rock Indonesia D'Masiv menyanyikan lagu tema "Masih di Sini" dan "Di Bawah Langit Yang Sama".


Salah satu babak dalam "BoBoiBoy: The Movie".

Kehangatan "BoBoiBoy" akan berteruskan di Movie Animation Park Studios di Perak yang dijangkan akan dibuka di antara bulan Mei atau Jun, yang mana ia akan bertemakan dunia "BoBoiBoy" dengan tiga tarikan menarik.

"Ia akan mempunyai tarikan pengembaraan 4D seperti 4D "Shrek" di Universal Studios Singapura, "BoBoiBoy Hero Akademi di mana mereka boleh berinteraksi dengan karakter dan Kokotiam, tempat melepak BoBoiBoy dalam siri di mana terhadap kedai Pak Aba Cocoa Shop," kata Nizam.

Dalam pada itu, Nizam berkata peminat "BoBoiBoy" akan dijanjikan lebih banyak filem trilogi yang dirancang oleh Animonsta.

"Sekarang ini kami sudah mempunyai dua idea untuk "BoBoiBoy", cuma kami tidak pasti lagi yang mana satu akan keluar dahulu."

Jangan lupa untuk menyaksikan "BoBoiBoy: The Movie" di pawagam pada 3 Mac 2016.

Read this article in English, click HERE.

Cinema Online, 15 Feb 2016

Filem Berkaitan:
BoBoiBoy The Movie (Melayu) (03 Mac 2016)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan