Bront Palarae akui banyak tolak tawaran berlakon | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae akui banyak tolak tawaran berlakon

Penulis: Ashraf Nasser


Bront Palarae mahu watak yang tidak pernah dibawa oleh pelakon lain.


16 Jan – Pelakon dan pengarah Bront Palarae mengakui menerima banyak tawaran berlakon, namun terpaksa ditolaknya kerana watak yang ditawarkan tidak mencabar.

Pengakuan ini sekaligus menjawab mengapa sudah lama tidak melihat pelakon "Jwanita" ini di layar perak mahu pun di kaca televisyen.

"Saya terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana rata-rata watak yang ditawarkan tidak mencabar lakonan saya," katanya kepada Harian Metro.

Bront pada masa sama turut menjelaskan dia tidak ada niat langsung untuk meminggirkan industri seni tempatan sebaliknya mahu melakonkan watak yang berbeza dan mamhu memberi impak besar kepada penonton.

Selain itu, dia juga mahukan watak yang tidak pernah dibawa oleh mana-mana pelakon lain sebelum ini.

Pada masa sama, pelakon berusia 37 tahun ini berkata dia juga tidak 'demand' dari segi bayaran kerana dia sangat mementingkan kepuasan dalam lakonannya.

Dalam pada itu, Bront bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "OlaBola" arahan Chiu Keng Guan membawa watak sebagai pengulas sukan.

"OlaBola" yang menampilkan hampir 90 peratus pelakon baru ini akan mula menemui penonton pada 28 Janauri ini.

Cinema Online, 16 Jan 2016

Filem Berkaitan:
Ola Bola (English / Malay / Mandarin / Tamil) (28 Jan 2016)
Jwanita (Malay) (24 Sep 2015)
Ombak Rindu (Malay) (01 Dec 2011)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan