Bront Palarae kembali terbit "One Two Jaga" semula | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae kembali terbit "One Two Jaga" semula

Penulis: Ashraf Nasser


Bront Palarae akan hantar filemnya ke
festival filem antarabangsa sebelum ia ditayangkan di Malaysia.

21 Jul – Pelakon, pengarah dan penerbit filem, Bront Palarae memberitahu dia akan meneruskan penggambaran filem terbarunya "One Two Jaga" setelah dua tahun tertangguh.

Bront yang bertindak sebagai penerbit kembali bersemangat untuk meneruskan penggambaran filem ini selepas treler filem tersebut berjaya menang di Southeast Asian Film Financing (SAFF) di Singapura pada Disember tahun lalu.

"Saya dan pasukan produksi telah memulakan projek ini sejak dua tahun lalu namun ia diperingkat pembaikkan skrip dan jalan cerita."

"Bagaimanapun, saya tidak menyangka penyertaan menerusi SAFF membuahkan hasil apabila berjaya diumumkan sebagai pemenang dan mengalahkan 140 filem lain dari seluruh dunia," katanya kepada mStar.

Berikutan itu, filem "One Two Jaga" telah menerima hadiah berupa tajaan kelengkapan kamera berteknologi tinggi bernilai RM73,000.

Tambah pelakon "Jwanita" ini lagi, hadiah tajaan itu telah menjadi penggerak utamanya untuk menyiapkan filem tersebut secepat mungkin.

Sebelum ini, filem drama aksi ini terpaksa ditangguhkan kerana pihak produksi terpaksa mengolah skrip beberapa kali kerana merasakan ia tidak bagus dan menarik untuk ditonton.

Diarahkan oleh Namron, ia akan menampilkan kolaborasi pelakon dari Malaysia dan Indonesia termasuk Beto Kusyairi, Datin Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Ario Bayu dan Asmara Abigail.

Dalam pada itu, Bront mahu menghantar filemnya menyertai festival filem antarabangsa terlebih dahulu sebelum ia ditayangkan di Malaysia sebagai salah satu langkah promosi untuk mewujudkan permintaan dari penonton.

(Sumber foto: Bront Palarae Instagram)

Cinema Online, 21 Jul 2016

Filem Berkaitan:
Jwanita (Malay) (24 Sep 2015)
Anak Jantan (Malay) (30 Oct 2014)
Ombak Rindu (Malay) (01 Dec 2011)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan