Bront Palarae salahkan penerbit pilih rupa paras dari bakat | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae salahkan penerbit pilih rupa paras dari bakat

Penulis: Ashraf Nasser


Bront tak salahkan pelakon baru yang mahu mencuba nasib dalam bidang lakonan.

19 Mei – Pengarah dan pelakon Bront Palarae menuding jari kepada pihak penerbit yang lebih mementingkan rupa paras dari bakat lakonan untuk membintangi filem atau drama mereka.

Bront bagaimanapun tidak menyalahkan lambakan pelakon baru kerana mereka hanya mahu mencuba nasib dalam bidang seni tempatan.

"Saya tak rasa salah pelakon-pelakon baru dan sedar industri seni tanah air memerlukan mereka-mereka yang mempunyai paras rupa."

"Punca utama terletak pada pihak penerbit yang lebih gemar memilih mereka yang tidak mempunyai bakat lakonan. Siapa yang kacak dan cantik diberi keutamaan untuk membintangi sesebuah karya yang besar," katanya yang dipetik dari Astro Gempak.

Mengambil contoh di luar negara, pelakon "Ola Bola" ini berkata para pelakon akan dihantar ke kelas dan dari sudut memberi peluang pelakon-pelakon baru ini diberi watak-watak kecil terlebih dahulu sebelum mampu membawa watak yang lebih besar.

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, pelakon berusia 37 tahun ini bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "My Stupid Boss" yang mana bergandingan dengan Bunga Citra Lestari dan Reza Rahadian.

Selain Bront, filem kolaborasi dua negara Malaysia-Indonesia arahan Upi Avianto ini turut menampilkan pelakon lain termasuk Atikah Suhaime, Chen Kinwah, Iskandar Zulkarnain dan Alex Abbad.

"My Stupid Boss" kini menemui penonton di pawagam.

Cinema Online, 19 Mei 2016

Filem Berkaitan:
KIL (Melayu) (30 Mei 2013)
Jwanita (Melayu) (24 Sept 2015)
Ombak Rindu (Melayu) (01 Dis 2011)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan