Buletin
Chiu tak kisah jika "OlaBola" tak dapat kutipan pecah panggung


Tarikh disiarkan: 12 Januari 2016


Pengarah "OlaBola", Chiu Keng Guan.


12 Jan – Pengarah filem Chiu Keng Guan yang pernah mengarah filem "The Journey", tampil dengan filem terbarunya yang memaparkan semangat Malaysia berjudul, "OlaBola".

Bagaimanapun, walaupun mempunyai trek rekod cemerlang filem terdahulu, Chiu mengakui dia tidak kisah dengan kutipan pecah panggung, namun berharap agar ia mendapat sambutan.

"Mengenai untuk mengatasi kutipan "The Journey", saya rasa perkara ini diuruskan oleh syarikat produksi dan juga bergantung kepada maklum balas daripada penonton," katanya yang ditemui pada majlis pratonton "OlaBola" di GSC Time Square, semalam.

"Membuat filem bukan bertujuan untuk memecahkan rekod, tetapi membuat filem yang mampu meninggalkan impak mendalam terhadap penonton," tambahnya.

Dalam pada itu, pengarah turut memberitahu untuk mengarah filem bola sepak dengan latar belakang era 80an bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi dia bersyukur apabila kesemua barisan pelakon memberikan komitmen yang tinggi.

"OlaBola" bakal ditayangkan di seluruh negara pada 28 Januari 2016. Ia mengisahkan tentang pasukan bola sepak kebangsaan yang perlu mengenepikan perbezaan dan bersatu sebagai pasukan untuk mencapai kejayaan.

Diarahkan oleh Chiu Keng Guan, filem ini dibintangi oleh Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Katrina Ho dan Bront Palarae dengan kemunculan istimewa Frankie Lee ("The Journey").

To read this article in English, click HERE.

Penulis: Erny Suzira



Filem Berkaitan: