David Teo mohon maaf isu hina P. Ramlee | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

David Teo mohon maaf isu hina P. Ramlee

Penulis: Ashraf Nasser


David Teo berkata kenyataannya telah disalah tafsir.

11 Jul – Penerbit filem David Teo tampil memohon maaf atas kenyataannya terhadap Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dan menegaskan dia tidak berniat langsung untuk menghinanya.

"Saya sebagai penerbit sangat mengagumi karya-karya beliau yang 'tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas'."

"Saya sentiasa berpesan kepada artis-artis dan pengarah di bawah naungan syarikat saya supaya sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan," katanya kepada Utusan Online.

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MIG) berkata demikian selepas kenyataannya disalah tafsir oleh sebuah portal yang mana menyiarkan beliau berpesan kepada artisnya supaya mementingkan sumber kewangan berbanding populariti.

Kenyataan itu sekaligus telah menimbulkan kontroversi dan ramai netizen tidak senang dengan kenyataan tersebut.

Malah Presiden Persatuan Seniman Malaysian (SENIMAN), Zed Zaidi turut menyelar kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai biadap dan mendesak David membuat permohonan maaf.

Tambah David Teo lagi, beliau tidak pernah terlintas untuk menafikan atau menghina karya-karya P. Ramlee.

Berikutan itu, beliau dengan rendah hati memohon maaf kepada keluarga P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tempatan yang terguris dengan isu yang hangat diperkatakan ketika ini.

(Sumber foto: David Teo Instagram)

Cinema Online, 11 Jul 2016

Filem Berkaitan:
Zack Kapcai (Malay) (14 Jul 2016)
Adnan Sempit Sawadikap (Malay) (07 Aug 2014)
Badi (Malay) (15 Oct 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan