Falisha Crossley: Usia bukan penghalang untuk terus berlakon | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Falisha Crossley: Usia bukan penghalang untuk terus berlakon

Penulis: Ashraf Nasser


Walaupun sudah berusia 31, namun Falisha Crossley masih mampu bawa watak remaja.

4 Feb – Pelakon yang sedang meningkat naik, Falisha Crossley memberitahu bahawa usia bukanlah penghalang atau pengukur kemampuan seseorang pelakon itu untuk kekal dalam industri.

Falisha yang baru dikenali selepas membintangi filem "Mat Moto" berkata, walaupun dia sudah berusia 31 tahun, namun dari segi fizikal dan wajahnya, dia masih lagi mampu untuk bersaing dengan pelakon-pelakon baru yang dilihat seperti tumbuh 'bak cendawan selepas hujan'.

"Tiada istilah cepat atau lambat untuk bergelar pelakon. Macam saya, fizikal saya kecil dan kalau bawa watak pelajar sekolah pun masih sesuai," ujarnya kepada Utusan Online.

Tambah Falish lagi, kelangsungan dalam industri seni ini semuanya bergantung pada rezeki, oleh itu dia sudah mempunyai perancangan sendiri jika bidang lakonan tidak menyebelahinya.

Menurutnya, dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda jurusan Perakaunan dan pernah bekerja di sebuah syarikat sebagai juruaudit, jadi pengalaman dan ilmu yang ada padanya boleh digunakan sebagai pelan kecemasan.

Dalam pada itu, Falisha yang semakin dikenali selepas kejayaan filem pertamanya berjudul "Mat Moto", berharap dapat membuka mata semua pihak supaya dia dapat terus mengembangkan bakat dalam dunia lakonan.

(Sumber foto: Falisha Crossley Instagram)

Cinema Online, 04 Feb 2016

Filem Berkaitan:
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (Malay) (14 Jan 2016)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan