Buletin
Farid Kamil akui rumah tangganya sudah pulih


Tarikh disiarkan: 21 November 2016


Farid Kamil berkata isu yang berlaku perlu dilalui setiap pasangan suami-isteri.

21 Nov – Pelakon Farid Kamil menjelaskan bahawa rumah tangganya kembali pulih dan menyifatkan isu yang timbul itu telah meninggalkan hikmah tersendiri.

"Kami masih gembira dengan perkahwinan kami, malah ia menambah lagi kemanisan dalam hubungan kami suami-isteri."

"Apa yang terjadi adalah satu momen yang perlu dilalui dalam mengenali pasangan kita dengan lebih baik lagi," katanya kepada mStar.

Terdahulu, rumah tangga pasangan selebriti ini hangat diperkatakan apabila isterinya yang juga pelakon Diana Danielle mengakui pergi ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu rumah tangga mereka.

Bercerita lanjut mengenai isu itu, pelakon "Anak Jantan" ini berkata isu tersebut telah membuatkan dia bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri apa kesilapan yang berlaku dalam perkahwinannya.

Tambah pelakon berusia 33 tahun itu lagi, tindakan Diana pergi ke mahkamah bukanlah satu tindakan negatif, sebalik mahu mendapatkan rujukan kerana di situ dia boleh mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan.

Malah, di sana juga ada pakar dalam bidang agama untuk dapatkan rujukan dan nasihat.

Farid dan Diana telah berkahwin pada November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora, 1.

(Sumber Foto: Farid Kamil Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: