14 Feb – Pelakon Farid Kamil akui teruja apabila diberi peluang untuk membawa watak sebagai peguam dalam drama terbarunya berjudul "Qanun 99". "Bila dapat sahaja watak sebagai peguam, saya terus melagakkan diri saya dengan watak itu. Tetapi hakikat sebenarnya bukan mudah untuk membawa watak peguam. "Setiap butiran kata yang dituturkan perlu betul dan setiap hujah saya dalam drama ini sebenarnya dinilai oleh Hakim sebenar," katanya kepada Utusan Online. Dalam drama "Qanun 99" ini akan menyaksikan Farid digandingkan dengan adik iparnya yang juga pelakon popular Yana Samsudin.
Sementara itu, Yana memberitahu dia banyak mengambil pengajaran dan iktibar daripada semua kes syariah yang berlaku dalam drama tersebut. Menurut Yana, terdapat banyak perkara yang dipelajarinya terutamanya melibatkan perihal perkahwinan termasuklah kes penceraian. Tambah Yana lagi, drama tersebut akan memberi kesan kepada sesiapan sahaja yang menonton yang boleh dijadikan sebagai panduan. "Qanun 99" memaparkan kes syariah berdasarkan kes sebenar yang terjadi akan disiarkan setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam di Astro Oasis. (Sumber foto: Mangga)