Buletin
Fattah Amin bakal muncul dengan filem sulung!


Tarikh disiarkan: 1 Mei 2016


"Usin UFO" merupakan filem sains fiksyen.

1 Mei – Pelakon Fattah Amin bakal muncul dengan filem pertamanya "KL Police Story" yang mana akan diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar Syafiq Yusof.

Menurut Fattah, filem terbitan Skop Production itu akan turut dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.

"Untuk filem aksi ini, saya pegang watak polis yang dalam penyamaran bagi membongkar satu kes besar."

"Ini filem pertama saya dan pelakon-pelakon lain sangat hebat menyebabkan saya beri tumpuan penuh dari segi pembangunan watak," katanya kepada Mangga Online.

Tambah pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama "Playboy Itu Suamiku" berkata dia juga sanggup menolak beberapa tawaran berlakon drama demi memberi fokus terhadap filemnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu juga banyak menghabiskan masa di gim serta mempelajari seni mempertahankan diri supaya babak pertarungan tampak 'real'.

Sementara itu, Fattah yang ditanya mengenai kontroversi dia hampir bertumbuk di set penggambaran drama dengan seorang pelakon lelaki berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut.

Fattah mengambil pendirian untuk bersabar kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya seninya atas sebab yang tidak matang.

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide