Fattah Amin tolak tawaran berlakon untuk fokus pada filem | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fattah Amin tolak tawaran berlakon untuk fokus pada filem

Penulis: Ashraf Nasser


Fattah Amin mahu beri tumpuan penuh pada filem pertamanya.

24 Mei – Pelakon Fattah Amin bakal muncul dengan filem sulungnya tidak lama lagi iaitu sebuah filem aksi arahan Syafiq Yusof berjudul "KL Special Force".

Berikutan itu, pelakon yang sebelum sinonim dengan watak lelaki romantis akan tampil membeza yang mana dia akan membawa watak aksi.

"Sebenarnya, sejak daripada dulu lagi saya memang teringin untuk membawakan watak aksi. Memang saya minat sangat."

"Kalau pergi pawagam sekalipun, saya akan pilih untuk menonton filem aksi. Itu yang bila saya dapat tawaran watak aksi, saya tidak akan lepaskan," katanya kepada Utusan Online.

Tambah pelakon berusia 27 tahun itu, demi menjayakan watak tersebut dia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon selama dua bulan bagi membuat persedian untuk menjayakan watak itu.

Memandangkan Fattah bakal membintangi filem polis, dia telah bertemu dengan polis bagi mendapatkan maklumat mengenai watak yang akan dibawanya selain ke gimnasium untuk membuat badan dan juga mempelajari seni mempertahankan diri.

Dalam pada itu, Fattah berkata walaupun ini baru filem pertamanya, namun dia tidak mahu pandang remeh dan mahu berikan yang terbaik buat dirinya.

Ini bukan kali pertama Fattah membawa watak sebagai anggota polis kerana dia juga pernah terlibat dengan drama "Gerak Khas".

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

Cinema Online, 24 Mei 2016


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan