FFM 28 bakal dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

FFM 28 bakal dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad

Penulis: Ashraf Nasser


Penganjur FFM percaya dengan kebolehan Nabil dan Sherry untuk mengendalikan malam
anugerah berprestij untuk kali kedua.

17 Ogos – Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad dan juga Sherry Al-Hadad sekali lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) yang bakal berlangsung pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pelakon Sharifah Shahora dan Wan Syarul pula bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara pada malam perasmian FFM 28 pada 1 September di Studio Sound Stage, FINAS Hulu Kelang.

Malam perasmian akan menyaksikan acara penyampaian sepuluh trofi kepada pemenang-pemenang bagi kategori teknikal dan belakang tabir.

Malah malam perasmian FFM 28 akan dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada beberapa penyanyi terkenal seperti Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat Amdan, Tomok, Lan (Typewriter), Man Bai dan ramai lagi.

Dalam pada itu, ramai penggiat seni akan terlibat dengan penyampaian anugerah pada malam kemuncak FFM 28 termasuk Fauziah Dato' Ahmad Daud, Shaheizy Sam, Maya Karin, Tam Suhaimi, Khir Rahman, Aziz M. Osman, Tunku Mona Riza, Mamat Khalid, Ghaz Abu Bakar dan ramai lagi.

FFM 28 akan menyaksikan filem "Ola Bola" arahan Chiu Keng Guan mendominasi pencalonan tahun ini dengan 14 pencalonan dan diikuti rapat oleh filem "Polis Evo" arahan Ghaz Abu Bakar dengan 10 pencalonan.

Acara berprestij kali ini akan menggunakan tema 'Transformasi Sinema Kita' di mana Malam Perasmian FFM 28 akan disiarkan secara langsung di laman YouTube FFM 28 pada 1 September pukul 8.30 malam.

Manakala Malam Kemuncak FFM 28 pula akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9.00 malam.

Cinema Online, 17 Ogos 2016

Filem Berkaitan:
Ola Bola (English / Malay / Mandarin / Tamil) (28 Jan 2016)
Polis Evo (Malay) (17 Sep 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan