Filem Rajinikanth "Kabali" akan di alih suara ke Bahasa Malaysia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Filem Rajinikanth "Kabali" akan di alih suara ke Bahasa Malaysia

Penulis: Ashraf Nasser


Hampir 80 peratus penggambaran "Kabali" dilakukan di Malaysia.

19 Feb – Filem Tamil yang dinanti-nanti oleh peminat-peminat Rajinikanth, "Kabali" bakal menyaksikan bintang itu bersetuju untuk mengalih bahasa filem terbarunya ke Bahasa Malaysia.

"Ketika ini kami dalam peringkat saringan uji bakat mereka yang akan terlibat dalam alih suara ini. Kami sudah kenal pasti empat orang dan kini dalam proses memilih yang terbaik."

"Selepas penggambaran "Kabali" dalam beberapa hari ini yang telah selesai (di Malaysia), kami akan berlepas ke India untuk proses alih suara bersama-sama Rajinikanth dan pelakon lain," ujar penerbit bersama merangkap pengedar rasmi filem "Kabali", Datuk Abdul Malik Dasthigeer.

Tambah Abdul Malik lagi, Rajinikanth turut teruja apabila diberitahu mengenai perkara alih suara itu.

Abdul Malik juga berkata filem "Kabali" akan disaksikan oleh jutaan penonton di dalam dan di luar negara berikutan penggambaran filem tersebut hampir 80 peratus dilakukan di Malaysia.

Dalam pada itu, Abdul Malik juga memberitahu pihaknya juga mempunyai perancangan untuk melakukan proses alih suara ke Bahasa Indonesia pula selepas ini bergantung kepada penerimaan penduduk di sana. "Kabali" adalah sebuah filem berbajet besar Tamil yang mana ia menelan belanja sebanyak RM60 juta.

Ia bakal dibintangi oleh Rajinikanth sendiri selain turut menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.

Cinema Online, 19 Feb 2016


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan