Buletin
FINAS akhirnya rombak kategori utama FFM 28


Tarikh disiarkan: 11 Ogos 2016


Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman sebelum ini berkata beliau
bersedia untuk merombak semula pencalonan akhir FFM 28.

11 Ogos – Setelah industri perfileman menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini berikutan pengasingan kategori utama pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) yang bakal berlangsung pada 3 September ini, akhirnya terlerai juga apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah merombak kategori utama.

FINAS menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook milik mereka telah mengumumkan mekanisme baru berikutan keputusan kerajaan membenarkan semua karya-karya bersaing dalam kategori Filem Terbaik tanpa pengasingan bahasa.

Rombakan baru itu diputuskan selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengumumkan penyertaan kesemua filem Malaysia tanpa pengasingan bahasa dan kewujudan anugerah Filem Terbaik Kebangsaan pada FFM 28.

Terdapat empat mekanisme diumumkan, iaitu bagi kategori Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan, calon-calon akhir bagi kategori ini terdiri dari lima buah filem daripada calon Filem Terbaik FFM 28 yang menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Tiga kategori yang diwujudkan sebelum ini iaitu Filem Terbaik (Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia), Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) dan Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) dimansuhkan.

Kategori-kategori yang dimansuhkan ini secara automatic akan diserap untuk bertanding dalam kategori Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28 dan Lakon Layar Terbaik FFM 28 bersama.

Sementara itu, bagi kategori lain pula adalah kekal dan tidak berubah.

Berikut adalah calon akhir bagi tiga kategori utama:

Filem Terbaik FFM 28
- Polis Evo
- Nota
- Munafik
- Jejak Warriors
- Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
- OlaBola
- Jagat
- The Kid From The Big Apple
- Huat The Fish
- Maravan

Pengarah Terbaik FFM 28
- Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
- Shamyl Othman (Rembat)
- Saw Teong Hin (Jejak Warriors)
- Syamsul Yusof (Munafik)
- Wan Hasliza Wan Zainuddin (Love Supermoon)
- Chui Keng Guan (OlaBola)
- Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
- Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
- Yee Kwan Wah/ Silver (Huat The Fish)
- Puvanendran A/L Selvaraja (Maravan)

Lakon Layar Terbaik FFM 28
- Feroz Kader (Suamiku Encik Perfect 10!)
- Joel Soh/Kyle Gooting/Anwari Ashraf Hashim/Adib Zaini (Polis Evo)
- Wan Hasliza Wan Zainudin (Love Supermoon)
- Bea Tanaka (Nota)
- Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
- Puvanendran Selevaraja (Maravan)
- Lim Teik Yin/Jack Lim/ Wong Jee Meng/Nick Wing (Huat The Fish)
- Chan Yoke Yeng/Tan Pik Yee (OlaBola)
- Shanjhey Kumar Peruval (Jagat)
- Jess Teong (The Kid From The Big Apple)

(Sumber foto: kr8tifexpress)

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.