Buletin
FINAS salur dana RM1.8 juta bantu promosi filem "Hanyut"


Tarikh disiarkan: 16 Februari 2016


Pengarah mahu promosi filem ini dilakukan betul-betul supaya ia tidak gagal.

16 Feb – Setelah tertangguh hampir tiga tahun sejak 2013, akhirnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) tampil membantu pengarah filem U-Wei Shaari mencari dana sebanyak RM1.8 juta bagi mempromosi filem "Hanyut".

""Hanyut" adalah sebuah karya yang cukup baik dan sayang ia tidak dapat ditayangkan di pawagam kerana masalah kewangan untuk melakukan promosi.

"Selepas berbincang dan melihat sendiri pelan promosi dibentangkan U-Wei pada Khamis lalu. FINAS bersetuju untuk membantu dengan menyalurkan dana untuk tujuan promosi," kata Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Dalam pada itu, Mohd Khusairi berkata bahawa mereka mensasarkan filem yang menelan belanja sebanyak RM18 juta "Hanyut" ditayangkan pada pertengahan tahun atau Ogos depan.

"Hanyut" adalah sebuah filem yang diadaptasi dari novel Almayer's Folly nukilan Joseph Conrad dan dibintangi oleh Datin Sofia Jane, Peter O'Brian, Diana Danielle, Adi Putra, Khalid Salleh dan James Corley.

Sementara itu, pengarah U-Wei dia memerlukan strategi promosi yang kuat supaya ia tidak gagal di pawagam seperti yang pernah berlaku kepada karya-karyanya terdahulu.

Pada masa sama U-Wei turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila pihak FINAS sudi memberi dana besar demi melihat filemnya berjaya.

Walaupun filem "Hanyut" masih belum ditayangkan, namun ia telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa seperti Australia, Indinesia, Singapura dan Amerika, dan terbaru Moscow, Rusia pada Jun depan.

(Sumber foto: Blog bestfbkl)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Hanyut (Inggeris / Melayu) (24 November 2016)