Buletin
Hushairi Husain mahu bawa watak selain watak orang Kelantan


Tarikh disiarkan: 6 September 2016


Hushairi Hussain bersama trofi dimenanginya.

6 Sep - Pelakon Hushairi Hussain yang baru-baru ini dinobat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) menyuarakan hasratnya untuk membawa watak lain yang tidak memerlukan dia bertutur dalam dialek Kelantan.

Pelakon itu berkata dia sering ditawarkan watak yang memerlukan dia berturut dalam dialek Kelantan.

"Ini masalah dengan industri kita. Sebelum ini orang mengenali saya menerusi watak komedi, jadi saya selalu ditawarkan watak seperti itu. Selepas lakonan saya dalam "Bunohan", ramai pula yang menawarkan saya watak Kelantan. Jika boleh, saya mahu mencuba pelbagai watak," ujarnya.

Hushairi telah dinobat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam "Polis Evo" sekaligus menewaskan Azad Jazmin, Allahyarham Ramli Hassan, Sri Balasubramaniam dan Hasnul Rahmat.

Ditanya siapakah yang akan menang dalam kategori tersebut sekiranya bukan dirinya, Hushairi berkata "Saya rasa saingan besar saya adalah Uncle Sri Balasubramaniam dari "Ola Bola". Dia sangat bagus dalam filem itu."

Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)





Ticket Pricing Guide