Buletin
"Jagat" dinobat sebagai Filem Terbaik FFM28


Tarikh disiarkan: 4 September 2016


Barisan pelakon, pengarah dan tenaga kerja "Jagat" gembira dengan kemenangan di FFM 28.

4 Sep – Filem drama Tamil, "Jagat", telah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) yang berlangsung di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam Sabtu semalam.

Filem tersebut turut merangkul anugerah Pengarah Baru Terbaik menerusi pengarah muda berbakat Shanjhey Kumar Perumal.

"Kami sangat gembira kerana mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan, dan kami merasakan ia adalah satu peluang untuk kami berkongsi tentang filem kami kepada semua rakyat Malaysia," ujarnya kepada Cinema Online.

"Tetapi "Jagat" masih belum ditonton oleh kesemua rakyat Malaysia kerana tempoh tayangan filem kami di pawagam terhad. Jadi selepas ini kami akan rilis online atau membuat tayangan 'video-on-demand'," tambahnya.


Pengarah "Jagat" Sanjhey Kumar bersama anugerahnya.

Selepas tercetus kontroversi mengenai pengasingan kategori dalam bahasa, FINAS telah merombak dan membuat perubahan terhadap kategori itu.

Berikutan itu, filem bukan berbahasa Melayu akhirnya berjaya diangkat sebagai Filem Terbaik buat pertama kali.

"Kami melihat ia sebagai satu proses. Dalam apa sahaja keputusan di buat ia mesti ada baik dan buruk, oleh itu kami tidak menarik diri dari pencalonan kerana kami mahu berada dalam proses itu, dan kami berharap pada masa hadapan akan ada satu kategori sahaja," jawab Shanjhey apabila ditanya mengenai perubahan yang dibuat pada FFM tahun ini.

Sementara itu, filem seram arahan Syamsul Yusof, "Munafik" telah diangkat sebagai Filem Nasional Terbaik FFM 28 termasuk Pengarah Terbaik, Suntingan Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Nabila Huda.


Nabila Huda menang Pelakon Wanita Terbaik untuk "Munafik".

Manakala "Polis Evo" dan "Ola Bola" masing-masing membawa pulang empat anugerah.

Dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, majlis berprestij itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Man Bai, Aizat, Tomok, Bunkface, Ernie Zakri, Dewi Seriestha dan Back to Basixx.

Berikut adalah senarai penuh pemenang untuk acara kemuncak FFM 28:

Filem Pecah Panggung – "Polis Evo"

Suntingan Terbaik – "Munafik" (Syamsul Yusof)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Tan Qin Lin ("The Kid from the Bog Apple")

Cerita Asal Terbaik – "Mat Moto – Kami Bukan Mat Rempit" (Pekin Ibrahim)

Sinematografi Terbaik – "Polis Evo" (Haris Hue Abdullah)

Pelakon Wanita Baru Terbaik – Falisha Crossley ("Mat Moto – Kami Bukan Mat Rempit")

Pelakon Lelaki Baru Terbaik – Adam Shahz ("Juvana 2 – Terperangkap Dalam Kebebasan")

Pengarah Baru Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal ("Jagat")

Lakon Layar Terbaik – "Nota" (Bea Tanaka)

Anugerah Khas Juri – "Ola Bola"

Anugerah Khas Juri – "Polis Evo"

Anugerah Khas Juri – "The Kid from the Big Apple"

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Fauziah Dato' Ahmad Daud ("Langit Cinta")

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hushair Hussain ("Polis Evo")

Filem Animasi Terbaik – "Boboiboy The Movie" (Animonsta Studios Sdn Bhd)

Pelakon Wanita Terbaik – Nabila Huda ("Munafik")

Pelakon Lelaki Terbaik – Pekin Ibrahim ("Mat Moto – Kami Bukan Mat Rempit")

Pelakon Terbaik Sepanjang Zaman – Tuan Haji Deddy M Borhan

Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof ("Munafik")

Filem Terbaik – "Jagat" (Skyzen (M) Sdn Bhd)

Filem Nasional Terbaik – "Munafik" (Skop Productions Sdn Bhd)

Berikut adalah senarai pemenang pada malam perasmian FFM28:

Busana/Kostum Terbaik – "Ola Bola" (Elaine Ng & Wing Shum)

Penataan Seni Terbaik – "Huat the Fish" (Wong Jee Meng & Nick Wong)

Kesan Visual Khas Terbaik – "Cicak Man" (Yusry Abdul Halim)

Penataan Bunyi Terbaik – "Munafik" (Imaginex Studio Sdn Bhd)

Lagu Asal Terbaik – "Ola Bola" (Zee Avi – "Arena Cahaya")

Skor Asal Terbaik – "Ola Bola" (Onn San & Alex San)

Filem Pendek Terbaik – "RM 10" (Entropy Studios Sdn Bhd)

Filem Pendek Animasi Terbaik – "Ejen Ali" (Wau Animation)

Filem Dokumentari Terbaik – "Boat People" (Dosfellas Sdn Bhd)

Anugerah Belakang Tabir – Encik Mohd Noor Tagaya

Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide