Buletin
"Jagat" wakili Malaysia ke Festival Filem Asia New York ke-15!


Tarikh disiarkan: 9 Mei 2016

9 Mei – Filem Tamil tempatan "Jagat" bakal ditayangkan di Festival Filem Asia New York ke-15 (NYAFF) yang akan berlangsung dari 22 Jun hingga 9 Julai depan.

Pemilihan filem arahan Shanjey Kumar Perumal ini sekaligus mengubat kekecewaan apabila filem tidak mendapat sambutan daripada penonton di negara ini.

Dipetik dari Subway Cinema Inc, selain "Jagat" sebanyak 14 buah filem lagi turut akan ditayangkan pada festival berkenaan.

Antaranya adalah "Apocalypse Child", "The Bacchus Lady", "The Boys Who Cried Wolf", "Creepy", "Grace", "Hamog", "Hentai Kamen 2 HK", "Honor Thy Father", "Inside Men", "Kiyamachi Daruma", "Lazy Hazy Crazy", "The Priests" dan "What's in the Darkness".

Kejayaan filem "Jagat" menyusul selepas sebuah lagi filem yang turut mendapat sambutan dingin daripada penonton "Redha" arahan Tunku Mona Riza telah dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk Marche du film 2016 Cannes, Perancis pada 17 Mei ini.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Jagat (Tamil) (17 Disember 2015)





Ticket Pricing Guide