JC Chee mahu berlakon lebih banyak filem Melayu | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

JC Chee mahu berlakon lebih banyak filem Melayu

Penulis: Erny Suzira

12 Jan – Pelakon dan model Cina, JC Chee atau nama sebenarnya Chee Jun Cherng, bakal muncul dengan filem sukan arahan Chiu Keng Guan, "OlaBola" yang juga merupakan filem pertamanya dalam Bahasa Malaysia.

Selepas menunjukkan dirinya fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia, pelakon itu mengakui mahu berlakon dalam lebih banyak filem dan drama jika diberi peluang.

"Jika diberi peluang, saya pasti akan sukakan ia. Tetapi saya mungkin perlu memperbaiki Bahasa Malaysia saya kerana bahasa yang saya bercakap sekarang adalah loghat utara," katanya yang ditemui pada majlis pratonton "OlaBola" di GSC Berjaya Time Square baru-baru ini.

Pelakon itu memberitahu bahawa "OlaBola" merupakan filem Melayu pertamanya, dan merupakan filem keduanya yang mana sebelum ini dia pernah membintangi filem terbitan Taiwan berjudul "When Geek Meets Serial Killer".

Dalam pada itu, Chee memberitahu sebagai budak Cina yang membesar di sebuah perkampungan kecil di Perlis, dia banyak bergaul dengan orang Melayu kerana komuniti Cina hanya 10 peratus di sana, oleh itu dia mempunyai loghat utara.

"Jika filem itu memerlukan saya bertutur dalam loghat utara, pastinya saya akan menerimanya!"

Membawa watak sebagai Chow Kok Keong a.k.a Tauke, Chee secara peribadinya berkata mengenai prestasi lakonannya dia hanya memberi markah 60 peratus dari 100 peratus dan akan terus memperbaiki mutu lakonannya.

Bagaimanapun, dia kagum dengan persembahan dua pelakon baru; Saran Kumar yang membawa watak Muthu sebagai penjaga goal dan Lim Jian Wen yang membawa watak On Tiam Cai.


JC Chee (kiri) bersama dengan (Kanan-Kiri) Saran Kumar dan Luqman Hafidz.

Selain itu, Chee berkata kebanyakan pelakon dalam filem ini hanya mempunyai sedikit pengalaman berlakon, malah ada yang tidak ada langsung terutamanya pemain-pemain bola sepak, dan setiap daripada mereka perlu menjalani latihan 3 jam setiap hari.

"Jurulatih bola sepak kami memberitahu bahawa pemain professional hanya berlatih 1 hingga 2 jam sehari. Ini kerana kami ingin meningkatkan prestasi secepat mungkin."

Cinema Online, 12 Jan 2016

Filem Berkaitan:
Ola Bola (English / Malay / Mandarin / Tamil) (28 Jan 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan