Buletin
Jumlah kutipan "BoBoiBoy The Movie" lonjak ke RM10 juta


Tarikh disiarkan: 17 Mac 2016


Sudahkah anda menonton "BoBoiBoy The Movie"?

17 Mac – "Terbaik!" adalah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan kejayaan yang dicapai oleh filem animasi tempatan "BoBoiBoy The Movie" apabila terus melakar kejayaan dengan mengutip RM10 juta selepas dua minggu tayangannya.

Berita gembira itu diumumkan di laman sosial Facebook BoBoiBoy sebentar tadi sekaligus menjadikan filem animasi arahan Nizam Razak ini menjadi filem animasi tempatan yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air.

Terdahulu, Cinema Online menghubungi Nizam Razak ketika filem tersebut berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari tayanganya, di mana pengarah itu mensasarkan kutipan filem mampu mencapai angka RM13 juta pada hujung minggu ini.

Kutipan filem animasi "BoBoiBoy The Movie" dijangka akan terus meningkat walaupun terpaksa berdepan saingan dengan filem animasi dari Hollywood seperti "Zootopia" dan "Kung Fu Panda 3".

Dalam pada itu, filem terbitan Animonsta Studios ini turut akan ditayangkan di negara jiran Indonesia pada April depan.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: