Buletin
Pelakon lagenda Kirin Kiki akan hadir Festival Filem Jepun 2016


Tarikh disiarkan: 1 September 2016


Kirin Kiki akan datang ke GSC Mid Valley minggu depan.

1 Sep - Kembali untuk kali ke-13, Festival FIlem Jepun 2016 (JFF 2016) di Malaysia kali ini akan menyaksikan pelakon lagenda Jepun, Kirin Kiki menghadiri tayangan istimewa tertutup filemnya berjudul "An".

"An" pernah dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes 2015 bagi kategori Un Certain Regard dan juga terlibat secara rasmi dalam pemilihan Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 73 tahun itu juga telah berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin Asia Pasifik ke-9 dan di Anugerah Filem Hochi ke-40 menerusi filem itu.

Pelakon veteran ini akan berada di GSC Mid Valley pada majlis pembukaan JFF 2016 pada Rabu, 7 September 2016, dari 10.30am hingga 1.30pm.


Antara filem yang bakal ditayangkan pada JFF 2016.

Selain "An", JFF 2016 turut menampilkan 12 buah filem lain termasuk filem pecah panggung, filem komedi, filem yang pernah menang anugerah dan juga filem klasik.

Antaranya; "After the Storm" (juga dibintangi Kirin Kiki), "Bakuman", "The Boy and the Beast", "Creepy", "Chihayafuru Part 1 & 2", "Desperate Sunflowers", "Flying Colors", "The Magnificent Nine", "The Mohican Comes Home", "My Love Story", dan "What a Wonderful Family".

JFF 2016 akan ditayangkan di enam pawagam GSC terpilih di seluruh negara.

Dari 8 hingga 14 September, festival ini akan berlangsung di Lembah Klang di GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama dan GSC NU Sentral.

Pada 15 ke 18 September JFF 2016 akan ke Pulau Pinang di GSC Gurney.

JFF 2016 kemudian akan ke Timur Malaysia dari 22 ke 25 September di GSC CityOne Megamall, Kuching, dan dari 29 September ke 2 Oktober di GSC Suria Sabah, Kota Kinabalu.


Poster rasmi JFF 2016.
Penulis: Erny Suzira

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide