"Kabali" dapat klasifikasi baru dari LPF | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Kabali" dapat klasifikasi baru dari LPF

Penulis: Florey DM


"Kabali" tidak lagi diklasifikasikan 18 di Malaysia.

20 Jul – Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) sebelum ini telah mengklasifikasikan filem yang dibintangi oleh Rajinikanth, "Kabali" sebagai 18.

Sehingga semalam, filem tersebut masih lagi diklasifikasikan sebagai 18 oleh LPF. Bagaimanapun, semakan terbaru di laman sesawang LPF hari ini mendapati klasifikasi filem tersebut telah diubah kepada P13.

Ini bermakna filem Tamil yang menjalani penggambaran di Malaysia boleh ditonton oleh lebih banyak penonton, sebagai mana klasifikasi baru membenarkan penonton di bawah umur 18 tahun (bagaimanapun sesiapa bawah umur 13 tahun masih memerlukan pemantauan dari dewasa) untuk menonton filem ini di pawagam.

Wakil dari pengedar filem ini di Malaysia, Malik Streams Corporation telah mengesahkan terhadap klasifikasi terbaru itu dan juga tayangan filem ini pada Jumaat, 22 Julai.


"Kabali" dapat klasifikasi P13 dari LPF pada 20 Julai 2016.

Sebelum ini, filem tersebut mendapat klasifikasi berbeza kerana mungkin terdapat beberapa babak aksi, yang mana mempunyai elemen keganasan yang hanya sesuai untuk tontonan orang dewasa.

Bagaimanapun, walaupun "Kabali" mungkin kini dapat ditonton oleh lebih ramai penonton, yang menjanjikan kutipan pecah panggung, namun perlu tunggu dan lihat memandangkan terdapat laporan yang mengatakan filem tersebut sudah boleh didapati di laman-laman internet.

The Times of India melaporkan filem aksi tersebut telah bocor tiga hari sebelum tayangan rasminya pada Jumaat ini dan filem penuh boleh dimuat turun dari beberapa pautan dalam 'dark web'.

"Kabali" versi Tamil dijadualkan ditayangkan di seluruh dunia pada 22 Julai, manakala versi Bahasa Malaysia dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada 29 Julai.

Cinema Online, 20 Jul 2016


Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan