"Kabali" sah akan ditayangkan 1 Julai ini! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Kabali" sah akan ditayangkan 1 Julai ini!

Penulis: Ashraf Nasser


Datuk Rosyam Nor akui peluang untuk berlakon dengan Rajinikanth adalah sesuatu yang tidak perlu ditolak.

30 Mei – Filem Tamil yang paling dinanti-nantikan terutamanya di kalangan penonton di seluruh Malaysia, "Kabali", akhirnya bakal ditayangkan pada 1 Julai ini.

Berita gembira itu disampaikan oleh salah seorang pelakon filem tersebut iaitu Datuk Rosyam Nor.

"Ya, saya sudah mendapat pengesahan dari pihak pengedar di Malaysia iaitu Malik Streams Corporation yang mengatakan filem paling dinanti-nantikan ini akan ditayangkan pada 1 Julai ini," katanya yang ditemui di GSC Nu Sentral, KL ketika melakukan video promo "Kabali" baru-baru ini.

Ditanya samada filem ini akan mendapat sambutan hangat memandangkan filem yang dibintangi oleh superstar Rajinikanth akan ditayangkan pada penghujung bulan Ramadan, Rosyam yakin dengan kemampuan filem itu untuk menarik penonton ke pawagam.

Dalam pada itu, bercerita mengenai pembabitannya dalam filem berskala besar ini, pelakon "KL Gangster 2" ini teruja apabila mendapat peluang untuk membintangi filem antarabangsa walaupun sekadar membawa watak sampingan.

"Mendapat tawaran berlakon bersama pelakon tersohor Rajinikanth adalah satu peluang yang tidak boleh saya tolak. Walaupun saya hanya sekadar membawa watak sampingan sahaja, namun pengalaman saya saya timba cukup berharga."

Sementara itu, dalam perkembangan lain Rosyam bakal muncul dengan filem terbarunya "KL Special Force" arahan pengarah muda Syafiq Yusof.

Selain itu, pelakon berusia 49 tahun itu juga bakal terbabit dengan filem "Tailong" yang akan memulakan penggambaran selepas Aidilfitri ini.

Untuk pengetahuan pembaca, GSC Cinemas juga bakal melancarkan promo set popcorn "Kabali" yang mana merupakan filem Tamil pertama yang dapat berbuat demikian.

Cinema Online, 30 Mei 2016

Filem Berkaitan:
Kabali (Tamil) (22 Jul 2016)
KL Gangster 2 (Melayu) (03 Okt 2013)
Chowrasta (Melayu) (03 Dis 2015)
Balistik (Melayu) (09 Jan 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan