Treler "Kabali" telah ditonton lebih 7 juta kali di YouTube | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Treler "Kabali" telah ditonton lebih 7 juta kali di YouTube

Penulis: Ashraf Nasser


"Kabali" bakal menampilkan tiga pelakon hebat tempatan seperti
Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim & Zack Taipan.

3 Mei – Rasanya seluruh penonton di Malaysia tidak sabar menanti filem aksi Tamil berjudul "Kabali" yang dibintangi oleh Rajinikanth.

Kehangatan filem Kollywood ini ternyata dirasai apabila teaser treler filem tersebut yang dimuat naik di laman YouTube pada 30 April lalu telah berjaya meraih lebih 7 juta tontonan.

Yang menariknya teaser filem ini memaparkan permandangan kota Kuala Lumpur serta Batu Caves.

Apa yang lebih menarik penonton untuk menonton filem ke 159 Rajinikanth ini adalah pelakon-pelakon hebat tempatan yang turut membintangi filem ini seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.

Diarahkan oleh Pa. Ranjith, "Kabali" mengisahkan tentang kehidupan sebenar kumpulan penjenayah di India.

"Kabali" dijangka akan menemui penonton pada penghujung Mei ini.


Adakah anda juga tidak sabar untuk tonton filem "Kabali"?

Cinema Online, 03 Mei 2016

Waktu Tayangan