"Kabali" akhirnya terima klasifikasi dari LPF | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Kabali" akhirnya terima klasifikasi dari LPF

Penulis: Naseem Randhawa


"Kabali" diklasifikasikan 18 di Malaysia.

19 Jul – Filem terbaru Superstar Rajinikanth, "Kabali" akhirnya telah mendapat klasifikasi dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Menurut laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, filem tersebut diklasifikasikan sebagai 18 di Malaysia. Ini bermakna filem aksi Tamil ini hanya sesuai ditonton oleh penonton berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Bagaimanapun, sehingga kini tarikh lulus filem ini tidak disenaraikan di laman tersebut, yang mana ia mungkin masih dinilai untuk tayangan.

Berdasarkan treler, filem ini sudah dijangka akan menerima klasifikasi tersebut berikutan babak aksi yang memaparkan beberapa babak ganas hanya sesuai untuk tontonan orang dewasa.


"Kabali" yang dipaparkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri
pada 19 Julai 2016.

Bagaimanapun, di bawah seksyen 21 Akta Penapisan Filem 2002, jika pemilik filem tidak bersetuju dengan keputusan LPF, mereka boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Filem dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan oleh LPF.

Sekiranya "Kabali" berjaya mendapat klasifikasi P13 dan bukan 18, jumlah penonton menonton filem ini akan meningkat dan sekaligus mampu mendapat kutipan pecah panggung yang tinggi.

Malangnya, sekiranya rayuan menukar klasifikasi ini berjaya, ia juga mungkin bermakna banyak babak dalam filem ini akan dipotong.


"Kenyataan oleh GSC bagi menjelaskan tentang penjualan tiket "Kabali".


Salah satu komen dari GSC menjelaskan mengenai status tempahan awal tiket.

Dengan ramai peminat-peminat tidak sabar untuk menonton filem ini pada hujung minggu, "Kabali" semestinya boleh menikmati kelebihan tempahan tiket awal yang selalunya dilakukan untuk filem blockbuster Hollywood. Bagaimanapun, Golden Screen Cinemas (GSC) dalam kenyataan di laman Facebook mereka berkata tidak ada tiket premier atau tiket tayangan untuk "Kabali" dijual lagi buat masa ini.

"Untuk makluman, pihak pawagam hanya boleh mula menjual tiket selepas pihak pawagam menerima filem tersebut dari pengedar. Buat masa ini, kami masih belum menerima berita mengenai tempahan tiket awal," salah satu komen balas GSC kepada salah seorang pengguna Facebook.

Diedarkan oleh Malik Streams Corporation di Malaysia, filem yang melakukan penggambaran di Malaysia, "Kabali" (versi Tamil) dijangka akan ditayangkan pada 22 Julai di seluruh dunia, dan versi alih suara Bahasa Malaysia dijangka ditayangkan pada 29 Julai ini di Malaysia.

Cinema Online, 19 Jul 2016

Filem Berkaitan:
Kabali (Tamil) (22 Jul 2016)
Kabali (Melayu) (29 Jul 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.
Waktu Tayangan