"Kabali" versi Bahasa Malaysia sah ditayangkan 22 Julai ini | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Kabali" versi Bahasa Malaysia sah ditayangkan 22 Julai ini

Penulis: Ashraf Nasser


Penerbit bersama Datuk Abdul Malik yakin "Kabali" mampu kutip RM50 juta.

23 Jun – Jika sebelum ini filem Tamil yang dinanti-nantikan oleh seluruh penonton di Malaysia "Kabali" dibintangi superstar Rajinikanth versi Bahasa Malaysia dilaporkan bakal ditayangkan pada Hari Raya Pertama iaitu 6 Julai telah mendapat tarikh tayangan baru iaitu pada 22 Julai.

Menurut penerbit bersama "Kabali", Datuk Abdul Malik Dashtigeer filem ini bakal mencipta sejarah apabila dialih suara dari Bahasa Tamil ke Bahasa Malaysia yang mana beberapa artis tempatan akan menyumbang suara.

"Bagi versi Bahasa Malaysia, selebriti tanah air Arun Kumar memberi suaranya untuk watak Rajinikanth dan Fathia Latiff bagi watak Dhansika, anak Rajinikanth.

"Untuk melakukan alih suara itu, semua yang terbabit termasuk Datuk Jalaluddin Hassan bagi suara watak penjahat dibawa ke Chennai, India selama tujuh hari untuk rakaman suara," katanya yang dipetik dari Bernama.

Selain itu, dua buah lagu dari filem itu juga akan dialih suara ke Bahasa Malaysia yang mana kini dalam proses pembikinan.

Terdahulu, filem "Kabali" versi Tamil akan ditayangkan terlebih dahulu iaitu pada 1 Julai di 480 pawagam di seluruh negara yang mana Abdul Malik yakin filem tersebut mampu mendapat kutipan sebanyak RM50 juta.

Apa yang menambahkan kehangatan filem Tamil ini adalah ia turut dibintangi beberapa pelakon tersohor tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim.

Filem arahan Pa Ranjith ini bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Indonesia, China, Jepun dan Hong Kong.

Cinema Online, 23 Jun 2016

Filem Berkaitan:
Kabali (Melayu) (29 Jul 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan