Buletin
Kaka Azraff perjelas hubungan dengan Awi Rafael


Tarikh disiarkan: 6 Disember 2016


Kaka Azraff dan Awi Rafael hanya sekadar kawan sahaja.

6 Dis – Pelakon dan penyanyi Kaka Azraff tampil menyangkal gosip kononnya dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi popular Awi Rafael.

Kaka menegaskan hubungannya dengan penyanyi kelahiran Singapura itu hanya sekadar pasangan duet dalam program terbaru terbitan Astro iaitu "Duo Star".

"Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan tentang kami hanyalah salah faham."

"Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi," katanya kepada mStar.

Pelakon "Aliff Dalam 7 Dimensi" ini lagi bagi menjawab persoalan yang timbul apabila dia dan Awi sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai program "Duo Star" yang membabitkannya dengan Awi, artis berusia 27 tahun ini berkata dia menerima pelawaan Awi untuk turut serta dalam program tersebut kerana mereka mempunyai objektif dan misi sama iaitu mengekspresi sisi lain sebagai penghibur.

Sementara itu, selain bakal muncul dengan program "Duo Star", Kaka juga kini sedang sibuk dengan proses menyiapkan single terbaru.

Dia juga bakal merakamkan sebuah lagu duet bersama Awi sebagai lanjutan kepada kolaborasi mereka di pentas "Duo Star".

(Sumber foto: Kaka Azraff Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: