Buletin
Kaka Azraff, Rody Kristal sedang bercinta?


Tarikh disiarkan: 30 Disember 2016


Rody anggap gosip mereka bakal bertunang sebagai doa terhadap hubungan mereka.

30 Dis – Pelakon dan penyanyi Kaka Azraff dan pemain gitar kumpulan Kristal, Rody baru-baru ini dikatakan sedang hangat bercinta dan bakal mengikat tali pertunangan.

Bagaimanapun majlis pertunangan itu terpaksa dibatalkan kerana kedua-dua mereka terlibat dalam program realiti "Duo Star".

"Saya mula mengenali Kaka ketika dia bertindak selaku pembantu peribadi Ella yang juga ibu saudaranya. Waktu itu dia belum bergelar penyanyi.

"Cuma kenal-kenal macam tu saja, tidak rapat. Bagaimanapun sejak rakaman "Duo Star" bermula pada awal bulan lalu barulah mula rapat," katanya kepada Utusan Online.

Tambah Rody lagi, hubungan gosip yang mengatakan dia dan pelakon "Aliff Dalam 7 Dimensi" itu terpaksa membatalkan majlis pertunangan kerana terlibat dengan program itu adalah tidak benar.

Ini kerana menurut Rody hubungan mereka masih lagi di peringkat awal iaitu dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Rody bagaimanapun tidak cepat melatah sebaliknya menganggap ia sebagai satu doa terhadap hubungannya dengan Kaka dan berharap agar ia berjalan dengan lancar.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide