Buletin
"Caprice" buka tirai Festival Le French 2016


Tarikh disiarkan: 12 Mei 2016


"Caprice" menjadi filem pembuka tirai Festival Le French 2016.

12 Mei – Festival Le French 2016, yang mana sebelum ini dikenali sebagai Festival Filem & Seni Perancis kini berlangsung untuk edisi ke-15 di Malaysia bermula hari ini.

Majlis perasmiannya telah diadakan di GSC Pavilion KL semalam yang mana dihadiri oleh CEO GSC, Ms. Koh Mei Lee, Presiden Alliance Francaise Kuala Lumpur Y.A.M. Tengku Zatashah binti Sultan Idris Shah, Duta Perancis H.E. Christophe Penot dan ramai lagi.

"Festival ini sangat dekat dengan kami," ujar Ms Koh Mei Lee dalam ucapannya. "Ia adalah festival filem pertama kami apabila kami membuka skrin antarabangsa di Mid Valley pada tahun 1999."


CEO GSC Ms. Koh Mei Lee ketika memberi ucapan.

Sebanyak 14 filem akan ditayangkan sepanjang festival filem berlangsung tahun ini, termasuk filem "The Little Prince" versi Inggeris, filem animasi pada tahun 2015 yang diangkat dari novel popular Perancis "Le Petite Prince", filem Perancis berbahasa China berjudul "The Wolf Totem" yang dibintangi oleh Feng Shaofeng dan filem pembuka tirai "Caprice".

Selain itu, festival kali ini bukan sahaja membawa filem hebat dari Perancis tetapi juga ikon Perancis Melanie Thierry.

Peminat pelakon tersebut berpeluang untuk beramah mesra dengannya yang mana dia akan mengendalikan sesi Q&A selepas tayangan filemnya "The Princess of Montpensier" pada 19 May di GSC Pavilion KL pada pukul 7.30pm.


Ketika majlis pembukaan Festival Le French 2016.

Harga tiket untuk filem Festival Le French 2016 adalah sama seperti filem-filem lain di GSC.

Dianjurkan oleh Alliance Francaise dan Kedutaan Perancis di Malaysia, beberapa buah filem Festival Le French 2016 akan bermula dari hari ini sehingga 29 May di GSC Pavilion KL, GSC Mid Valley Megamall, GSC Nu Sentral dan GSC 1 Utama.

Tayangan filem Festival Le French 2016 kemudian akan ke GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 2 hingga 12 Jun 2016.

 

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.






Ticket Pricing Guide