Buletin
MBO KSL City Johor Bahru kini berwajah baru!


Tarikh disiarkan: 28 November 2016


Pihak MBO Cinemas dan pihak KSL City di majlis pelancaran MBO KSL City.

28 Nov – Baru-baru ini, MBO Cinemas telah melancarkan semula sinema MBO KSL City, Johor Bahru yang berwajah baru selepas pengubahsuaian dilakukan bagi memberi nafas baru selepas hampir enam tahun beroperasi.

Selain menampilkan rekaan terbaru dan menarik, MBO KSL City juga turut menambah beberapa kemudahan baru untuk memberi lebih keselesaan kepada pelanggan mereka seperti tempat duduk di ruang menunggu dan juga memperkenalkan kafe mereka sendiri iaitu, Cafecito.


Cafecito bagi anda yang gemarkan expresso, kopi mahupun 'milkshake' dan juga snek ringan.

Pengarah Operasi MBO Cinemas, Mariam Yazmin El Bacha berkata projek pengubahsuaian selama empat bulan ini dilakukan bagi memperbaiki keselesaan dan pengalaman pengunjung ke sinema.


Pengarah Operasi MBO Cinemas, Mariam Yazmin
ketika memberi ucapan sebelum majlis MBO KSL Reborn.

"Seperti yang anda lihat, kami membuat pengubahsuaian dengan beberapa penambah baikkan seperti ruang yang luas untuk memberi keselesaan dan pengalaman menarik kepada pengunjung selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami."

"Selain itu, kami juga telah menukar kerusi baru di lapan panggung di sini dengan kerusi kulit dan juga menaik taraf sistem bunyi, termasuk menambah bunyi Auro 3D di panggung 8," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran MBO KSL City, Jumaat lalu.


Laluan landai untuk memudahkan pelanggan OKU untuk bergerak di sekitar MBO Cinemas KSL City.


Ruang ke panggung turut mendapat wajah baru dengan rekaan terkini.


Setiap panggung telah diberi nafas baru termasuk kerusi kulit.

Tambah Mariam lagi, pihaknya juga sangat prihatin dan mengutamakan pelanggan kurang upaya (OKU), berikutan itu pengubahsuaian baru ini turut menerapkan konsep 'mesra OKU' sekaligus dapat memberikan keselesaan maksimum kepada pelanggan OKU.


Iron Man dan Batman menjadi tumpuan pengunjung yang
mahu bergambar bersama dua adiwira terkenal ini.

Ini merupakan sinema kedua MBO yang diubah suai selepas MBO The Spring, Kuching dan selepas ini dua sinema lagi akan turut mendapat wajah baru, iaitu MBO Setapak Sentral dan MBO Subang Parade.

Kedua-dua sinema ini dijangka akan siap diubah suai sebelum perayaan Tahun Baru Cina pada tahun hadapan.

Sementara itu, pelancaran semula MBO KSL City turut dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti seperti penampilan kosplay, persembahan nyanyian daripada penyanyi popular seperti Xiao Wei Wei, Hana, Miau Miau, Ayandha Number dan Jeryl Lee, serta tayangan amal filem "Prodigal Son".

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.