"Munafik" berjaya kutip RM17 juta selepas 26 hari! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Munafik" berjaya kutip RM17 juta selepas 26 hari!

Penulis: Ashraf Nasser


Mampukah "Munafik" mengatasi kutipan filem "Polis Evo" dan "The Journey"?

22 Mac – Kejayaan demi kejayaan dicipta oleh filem seram "Munafik" yang mana filem terbaru arahan Syamsul Yusof telah berjaya mendapat kutipan RM17 juta selepas 26 hari tayangannya.

Kejayaan ini menjadikan filem terbitan Skop Production ini menjadi filem tempatan yang berjaya mendapat kutipan tinggi dalam tempoh singkat, sekaligus memecah rekod perfileman tanah air.

"Alhamdulillah, masih hangat dipawagam sekarang. Ada lagi dua minggu filem ini akan ditayangkan di pawagam.

"Akhirnya termakbul doa. Jauh disudut hati ingin sekali saya melihat filem Islamik Dakwah dilihat sebagai antara filem berjaya di Malaysia," tulis Syamsul di laman sosial Facebook miliknya.

Pada masa sama, anak kepada penerbit dan pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam ini juga berkata jangan sesekali was-was dengan kuasaNya kerana Allah maha mendengar doa dan juga rintihan semua hambaNya.

Kutipan yang cukup membanggakan ini sekaligus telah berjaya mengatasi kutipan filem "Ola Bola" dan dijangka juga mampu mengatasi kutipan filem "Polis Evo" dan "The Journey" yang mana masing-masing berjaya mengutip lebih RM17 juta.

Cinema Online, 22 Mac 2016

Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Feb 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
Read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan