Buletin
TGV Cinemas Sunway Pyramid dapat penjenamaan baru


Tarikh disiarkan: 28 September 2016


Ketika acara potong reben di Satin Skinz @ TGV Cinemas Sunway Pyramid.

28 Sep – TGV Cinemas dan syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Satin Skinz telah berkolaborasi dalam menjenamakan TGV Sunway yang kini dikenali sebagai Satin Skinz @ TGV Cinemas Sunway Pyramid.

"Kajian global memperlihatkan pengiklanan di sinema menyaksikan peningkatan lebih dari lapan kali ganda berikutan penonton tertarik menerusi iklan yang dipaparkan," kata Ketua Perkhidmatan Pemasaran TGV Cinemas, Celeste Koay kepada Cinema Online ketika pelancaran penjenamaan lokasi semalam.

Koay turut memberi ucapan tahniah kepada Satin Skinz dan berharap lebih banyak jenama produk di lokasi lain selepas ini.

Penjenamaan produk di lokasi Sunway termasuk iklan di tiang, dinding dan pintu serta kemudahan lain di sinema. Persampelan produk juga akan diadakan di kaunter, yang terletak di pintu masuk Luxe untuk beberapa hari.


Celeste Koay (kanan) dengan Ketua Media dan Pemasaran Korporat, Sukhbir Sidhu.


Kaunter bersebelahan Luxe.


Jenama Satin Skinz di sinema TGV Sunway Pyramid.


Bercakap dengan pasangan suami isteri yang merupakan pengasas kepada syarikat produk tersebut, pengasas bersama Iskandar berkata dia telah melabur kira-kira RM1 juta untuk penjenamaan untuk tempoh enam bulan.

Dia juga mendedahkan antara faktor dia memilih Sunway Pyramid sebagai lokasi pertama kerana ia bukan sahaja sesuai dengan sasaran golongan belia, ia juga merupakan lokasi di mana Iskandar melamar Mizatuladha yang juga dikenali sebagai Mimi untuk berkahwin.

Ditubuhkan pada Januari 2014, Satin Skinz telah berkembang dengan begitu pesat di dalam negara dan di sempadan.

Penjenamaan produk untuk lokasi lain pada masa akan datang dan juga jenama lain kini masih lagi dalam proses perbincangan dan belum disahkan oleh TGV Cinemas.

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide