"Ola Bola" bakal ditayangkan di festival filem di Taipei | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Ola Bola" bakal ditayangkan di festival filem di Taipei

Penulis: Ashraf Nasser


Pengarah dan penerbit harap "OlaBola" mampu cetus fenomena.

29 Jan – Filem arahan Chiu Keng Guan, "Ola Bola" telah melonjakkan nama Malaysia kerana filem tersebut bakal ditayangkan di Festival Filem Taipei Golden Horse Fantastic (FFTGHT) Taiwan yang berlangsung pada 8 hingga 17 April depan.

Berkata Chiu, "Sebelum ini, "Ola Bola" melalui proses post produksi di Taipei dan mendapat banyak komen positif daripada pembikin filem Taiwan.

"Baru-baru ini FFTGHT telah hubungi saya untuk mempelawa filem ini untuk ditayangkan di sana. Beberapa hari kemudian mereka hantar jemputan rasmi kepada saya," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.


Pengarah "OlaBola" Chiu Keng Guan. .

Tambah pengarah "The Journey" ini lagi, pihak FFTGHT berkata pihak mereka kagum dengan jalan cerita dan sinematografi filem "Ola Bola".

"Ola Bola" mengambil inspirasi dari kisah sebenar iaitu zaman kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia dalam usaha menyertai Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata pihaknya berharap agar filem yang memaparkan elemen aksi, emosi dan inspirasi dapat mencipta fenomenanya tersendiri kerana ia bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik, malah ia turut menampilkan semangat dan sokongan berbilang bangsa yang terdapat di Malaysia.

Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon baru seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho sebagai peneraju, dan turut dibarisi pelakon lain seperti Bront Palarae dan Frankie Lee.

"Ola Bola" baru sahaja ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 28 Januari iaitu kelmarin.

Cinema Online, 29 Jan 2016

Filem Berkaitan:
Ola Bola (English / Malay / Mandarin / Tamil) (28 Jan 2016)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click here.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan