Buletin
"OlaBola", "Polis Evo" dahului pencalonan FFM 28


Tarikh disiarkan: 4 Ogos 2016


Kedua-dua buah filem ini telah berjaya mengutip lebih RM30 juta.

4 Ogos – Kehangatan acara berprestij tahunan Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) semakin dirasai apabila pencalonan akhir telah diumumkan semalam dengan filem "OlaBola" dan "Polis Evo" mendahului pencalonan.

Filem arahan Chiu Keng Guan telah berjaya menerima 14 pencalonan antaranya kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia, Pengarah Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia, Lakon Layar Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Baharu Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Selain itu, filem yang berjaya mengutip RM15.85 juta ini turut menerima enam pencalonan dalam kategori teknikal seperti Kesan Visual Khas Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Manakala pesaing terdekat "Polis Evo" yang berjaya mencipta sejarah dengan kutipan tertinggi dalam sejarah RM17.47 juta pula juga tidak mengecewakan apabila menerima 10 pencalonan antaranya Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini juga menerima lima pencalonan dalam kategori teknikal; Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Dalam pada itu, filem seram "Munafik" arahan Syamsul Yusof pula mendapat sembilan pencalonan menerusi kategori Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Kesan Visual Khas Terbaik.

Sementara itu, filem Tamil tempatan "Jagat" arahan Shanjhey Kumar Perumal juga berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat sembilan pencalonan; Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Baharu Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Lakon Layar Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia, Cerita Asal Terbaik, Pengarah Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia.

Festival tahun ini turut terpalit dengan kontroversi apabila kategori Bukan Bahasa Malaysia diperkenal telah menimbulkan kemarahan penggiat seni tempatan dan juga peminat filem.

Ini berikutan filem seperti "OlaBola" dan "Jagat" yang mana dijangka mampu memenangi FFM tahun ini, tidak tercalon dalam kategori Filem Terbaik FFM28 sebaliknya diletakkan di dalam kategori Bukan Dalam Bahasa Malaysia.

Malam kemuncak FFM 28 akan berlangsung pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Berikut adalah senarai penuh pencalonan FFM 28:

Filem Terbaik FFM 28
- Polis Evo
- Nota
- Munafik
- Jejak Warriors
- Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia
- OlaBola
- Jagat
- The Kid From The Big Apple
- Huat The Fish
- Maravan

Pengarah Terbaik Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia
- Chui Keng Guan (OlaBola)
- Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
- Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
- Yee Kwan Wah/ Silver (Huat The Fish)
- Puvanendran A/L Selvaraja (Maravan)

Pengarah Terbaik FFM 28

- Ghaz Abu Bakar (Polis Evo)
- Shamyl Othman (Rembat)
- Saw Teong Hin (Jejak Warriors)
- Syamsul Yusof (Munafik)
- Wan Hasliza Wan Zainuddin (Love Supermoon)

Pelakon Lelaki Terbaik
- Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
- Aaron Aziz (Suamiku Encil Perfect 10!)
- Zizan Razak (Polis Evo)
- Shaheizy Sam (Polis Evo)

Pelakon Wanita Terbaik

- Maya Karin (Jwanita)
- Lisa Surihani (Suamiku Encik Perfect 10!)
- Nabila Huda (Munafik)
- Nadiya Nisaa (Love Supermoon)
- Maya Karin (Nota)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

- Aminah Rhapor (Chowrasta)
- Anne Ngasri (Love Supermoon)
- Adeline Tsen (Gamatisme)
- Fauziah Dato' Ahmad Daud (Langit Cinta)
- Christina Suzanne (Jwanita)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

- Azad Jazmin (Girlfriend Kontrak)
- Sri Balasubramaniam (OlaBola)
- Hushairi Husain (Polis Evo)
- Hasnul Rahmat (Juvana 2)
- Ramli Hassan (Nota)

Cerita Asal Terbaik

- Ola Bola (Chiu Keng Guan/Chan Yoke Yeng/Tan Pik Yee)
- Jagat (Shanjhey Kumar Perumal)
- Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (Pekin Ibrahim)
- Rembat (Lina Tan/Amri Rohayat/Tan Boon Huat)
- The Kid From The Big Apple (Jess Teong)

Lakon Layar Terbaik Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia
- Puvanendran Selevaraja (Maravan)
- Lim Teik Yin/Jack Lim/ Wong Jee Meng/Nick Wing (Huat The Fish)
- Chan Yoke Yeng/Tan Pik Yee (OlaBola)
- Shanjhey Kumar Peruval (Jagat)
- Jess Teong (The Kid From The Big Apple)

Lakon Layar Terbaik FFM 28

- Feroz Kader (Suamiku Encik Perfect 10!)
- Joel Soh/Kyle Gooting/Anwari Ashraf Hashim/Adib Zaini (Polis Evo)
- Wan Hasliza Wan Zainudin (Love Supermoon)
- Bea Tanaka (Nota)
- Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
- Elaine Ng/Weng Shum (OlaBola)
- Hasnan Yaacob (Bravo 5)
- Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
- Hasnan Yaacob (Cicakman 3)
- Nasirah Ramlan (Polis Evo)

Sinematografi Terbaik
- Raja Mukhriz (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
- Haris Hue Abdullah (Polis Evo)
- Senthil Kumaran Muniandy (Jagat)
- Md Nor Kassim (Bravo 5)
- Rahim Maidin (Munafik)

Penyunting Terbaik
- Gywneth Lee (OlaBola)
- Nazim Shah (Polis Evo)
- Syamsul Yusof (Munafik)
- Kumaran Arumugam (Jagat)
- Loo Chean Hoong (The Kid From The Big Apple)

Penataan Seni Terbaik
- Soon Yong Chow (OlaBola)
- Esvaran Krishnan (Jagat)
- Ray Tan Yew Swee (The Kid From The Big Apple)
- Wong Jee Meng/Nick Wong (Huat The Fish)
- Mohd Kahirul Md Dan (Bravo 5)

Penataan Bunyi Terbaik

- Munafik
- Villa Nabila
- Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit
- Rembat
- Polis Evo

Skor Muzik Asal Terbaik

- Nurzaidi Abd Rahman (Pilot Café)
- Azmeer (Chowrasta)
- San Weng Onn/San Wai Lik (OlaBola)
- Syamsul Yusof (Munafik)
- Nur Zaidi Abd Rahman (Jwanita)

Lagu Tema Asal Terbaik

- Nur Zaidi Abd Rahman (Langit Cinta)
- Nur Zaidi Abd Rahman (Pilot Café)
- Syamsul Yusof (Munafik)
- Zee Avi & Rendra Zawawi (OlaBola)
- Edry Abdul Hamil (Cicakman 3)

Pengarah Baharu Terbaik
- Daven Raghavan (CCTV)
- Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
- Pekin Ibrahim (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
- Jess Teong (The Kid From The Big Apple)
- Feroz Kader (Suamiku Encik Perfect 10!)

Pelakon Baharu Lelaki Terbaik

- Saran Kumar (OlaBola)
- Chem Amar (Chowrasta)
- Mas Khan (Biasan)
- Keith Foo (Girlfriend Kontrak)
- Adam Shahz (Juvana 2)

Pelakon Baharu Wanita Terbaik

- Marianne Tan (OlaBola)
- Falisha Crossley (Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
- Nur Risteena (Girlfriend Kontrak)
- Zara Zya (Rembat)
- Raja Ilya (Suamiku Encik Perfect 10!)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
- Shivatharan Nambiar (OlaBola)
- Ryqal Iskandar (Cicakman 3)
- Harvind Raj (Jagat)
- Aliff Firdaus (Jejak Warriors)
- Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)

Filem Dokumentari Terbaik
- Menanti Sinar Kemananan
- Mindanao Penantian Merdeka
- Boat People
- Dato' Meor Abdul Rahman- Lagenda Mahaguru Seni Silat Melayu
- Awang Pahlawan Iban

Filem Cereka Animasi Terbaik
- Boboiboy The Movie
- Oh! La La

Filem Pendek Terbaik
- Selfie
- RM10
- Terbit 23
- UV
- Suraya

Filem Animasi Pendek Terbaik
- Tales Of Wisdom
- Ummi...Ceritalah Kepada Kami
- Ejen Ali
- Rimba Kids – Nursery Rhymes

Kesan Visual Khas Terbaik
- Amru Najmi Osman (Kapsul)
- Bak Chee Hong (OlaBola)
- Yusry Abdul Hamil (Cicakman 3)
- Viper Studios Sdn Bhd (Munafik)
- Bliminal Studio Sdn Bhd (The Noise)

 

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)
Ola Bola (Inggeris / Melayu / Mandarin / Tamil) (28 Januari 2016)
Jagat (Tamil) (17 Disember 2015)
The Kid From The Big Apple (Mandarin) (10 Mac 2016)
Munafik (Melayu) (25 Februari 2016)