Buletin
"Ola Bola" dominasi malam perasmian FFM 28


Tarikh disiarkan: 2 September 2016


Pemenang anugerah di malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-28.

2 Sep – Filem arahan Chiu Keng Guan "Ola Bola" memulakan langkah kanan apabila mendominasi malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) yang berlangsung di Studio Sound Stage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) semalam dengan tiga anugerah.

Tiga anugerah tersebut adalah Pereka Kostum/Busana Terbaik (Elaine Ng dan Weng Sham), Skor Muzik Asal Terbaik (Onn San dan Alex San) dan juga Lagu Tema Asal Terbaik (Zee Avi dan Rendra Zawawi).

Manakala filem arahan Syamsul Yusof "Munafik" pula membawa pulang trofi Penataan Bunyi Terbaik (Imaginex Studios Sdn Bhd) dan "Cicakman 3" pula menerima anugerah Kesan Visual Khas Terbaik (Yusry Abdul Halim).

Trofi bagi kategori Penataan Seni Terbaik pula menjadi milik filem "Huat The Fish" (Wong Jee Meng dan Nick Wong).

Anugerah bagi kategori Filem Dokumentari Terbaik telah diberi kepada "Boat People" terbitan Dos Fellas Sdn Bhd.

Sementara itu, filem animasi "Ejen Ali" terbitan Wau Animation pula telah berjaya merangkul trofi Filem Animasi Terbaik.

Pada malam perasmian FFM 28 menyaksikan trofi pemenang disampaikan oleh Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Malam kemuncak FFM 28 bakal berlangsung pada 3 September di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

(Sumber foto: FINAS)

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, CLICK HERE.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide